Saturday, 10 December 2016

Zaman Kebudayaan Pesisir

2. Bincangkan dan huraikan apa yang anda faham dengan zaman kebudayaan pesisir.

Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi keseluruhan pengertian nilai sosial,norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, agama, dan lain-lain, tambahan lagi segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat. 

Pesisir bermaksud penempatan-penempatan yang berada di tepi pantai yang diduduki oleh masyarakat zaman dahulu. Penyebaran agama Islam di Nusantara berlaku pada abad ke-14 dan ke-15 Masihi, pada masa kejayaan Islam di India Utara dan sebahagian India Selatan apabila Lautan Hindi menjadi “Laut Mediterranean Islam”. Kawasan ini telah dijelajahi oleh kapal-kapal bernakhoda Islam, lengkap dengan peta dan alatan permaliman (kompas) yang secukupnya. Pantainya penuh dengan kota-kota perdagangan dengan pemerintah dan penduduk yang beragama Islam. 

Ketika ini, Kesusasteraan Melayu memainkan peranan penting apabila dijadikan sebagai satu alat untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat. Sastera Melayu berperanan sebagai sastera perantara yang memperkenalkan khazanah kesusasteraan dunia Islam kepada bangsa Melayu dan bangsa-bangsa Nusantara yang lain. Fungsi itu menyebabkan sastera Melayu menjadi salah satu unsur utama daripada kebudayaan pesisir ataupun dunia Melayu dengan bahasa Melayu, sama ada lisan ataupun tulisan tersebar antara penduduk Barat pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20 kerana mereka mendewa-dewakan unsur keaslian etnis dalam arus pemikiran romanti sdan mencela sebahagian besar kesusasteraan Melayu sebagai 'Sastera Tiruan'.

koleksi video kartun doraemon

siapa yang minat doraemon tu bolehlah tekan link kat bawah ni. ada banyak kartun doraemon yang boleh tengok. teringat zaman kecik-kecik dulu. hehehe.

DORAEMON

credit to facebook : https://www.facebook.com/animesampailebam/


Friday, 9 December 2016

7 Tips Belajar Last Minute

TIPS BUDAK DEKAN: Study last minit (kurang dari 24jam) tapi masih dapat dekan!
**Amaran: bagi pesakit lemah jantung, atau lemah semangat, tidak digalakkan meniru tips study last minit kurang dari 24jam ini melainkan anda mampu menanggung risiko tekanan yang kuat beberapa hari sebelum exam dan sepanjang menduduki exam tersebut. Anda juga mungkin menghadapi mual, pening, muntah hijau kerana kuatnya tekanan belajar last minit ini. Percayalah cakap eden sebab eden guna tips ni mmg dapat dekan tapi perghhh... Allah saja yg tahu ‘syok’ nya. (Nasihat dari salah seorang penulis buku ‘Aku Budak Dekan’, kak pah)
.
.
.
.
24 jam sebelum hari kejadian (hari exam)
.
.
.
.
1) Baca dan teliti semula proforma atau course outline subjek.
Ini langkah pertama apabila kita pilih nak study kurang dari 24jam. Apakah proforma subjek? Inilah yang pensyarah kita selalu akan upload untuk kita tengok dari awal sem lagi. Awat penting sangat nak tengok semula proforma ni kak? Masa dah getir ni. Ya..sabaq sabaq. Dengan proforma nilah yang boleh pacu kita para pejuang last minit ni nak pi mana. Sebab ramai sangat yang belajaq pulun habis tapi tak tahu sebenarnya dia belajar apa, apa outcome yang sepatutnya dia dapat. Haaa...dari proforma ni lah boleh tuju kita ke jalan yang luruih semula. Hang tah la last minit belajaq. 24 jam pula tu. Proforma ni ada ringkasan tentang apa yang akan kita belajar, dari bab-bab tersebut apa kefahaman yang pensyarah mahu kita capai dan lain-lain. Jadi bagi pejuang study last minit ni, sangat penting untuk baca dan teliti semula proforma subjek anda. Sebab kita HANYA akan fokus pada apa yang pensyarah mahu kita faham dalam subjek tersebut. Sebab kadang dalam buku mahupun lecturer notes kita ada banyak sangat maklumat yang kadang tak keluar exam pun (tapi penting utk kita tahu). Tapi tolak saja ketepi sebab hang dah tinggai 24 jam saja ni. FOKUS, FOKUS pada yang penting saja sekarang ya. Jadi apa yang pensyarah hang tulis dalam proforma tu, fokus pada itu dan itu sahaja. Hat lain tolak tepi sat. Nanti habis exam hang pulun lah baca semula bagi semat ilmu di dada.
.
.
.
.
2) Kumpul sebanyak-banyaknya soalan sem-sem lepas.
Ini memang tips teragung dan terpenting bagi para pencinta skils study last minit sebab kita dah tak sempat nak telaah kulit ke kulit kitab-kitab dan jurnal yang kita kumpul sepanjang sem tersebut. Tips ini akan bantu kita untuk berfikir seperti pensyarah. Kita boleh tahu dan agak apa yang akan ditanya pada bab-bab yang telah diajar. Jika kita dapat kumpul soalan sem lepas ini, kemungkinan dalam 50% kita dah boleh bertarung dengan jayanya di dewan exam walaupun study kurang dari 24jam sebelum exam tersebut. Ala...50% je? Banyak lah tu, hang pun belajar last minit. Jika dapat kumpul 2 sem lepas pun cukup tapi kalau dapat lebih 5 sem lepas lagi terbaik.
.
.
.
.
3) Bahagikan soalan dari sem lepas tersebut kepada bab-bab tertentu
Baik sekarang masanya untuk kita bedah harta karun ni. Jadi jangan main bedah ja, nanti makan masa lama. Hang kan ada kurang 24 jam saja ni. Ikut step-step ini. Pertama, dari koleksi-koleksi kertas soalan sem lepas tu, bahagikan kepada bab-bab tertentu. Contohnya, subjek tu ada 15 bab, jadi labelkan setiap kertas A4 tu dengan nombor bab. Dan soalan-soalan tu hangpa teliti betul-betul ia dari bab berapa. Kemudian, gunting soalan tu dan tampal pada helaian kertas A4 tu. Kumpul soalan bab 1 pada satu A4 dan seterusnya.
Ambil perhatian:
1)soalan yg sama setiap sem
2) bentuk soalan yg sama setiap sem
3) bab yang paling banyak keluar setiap sem
*Rujuk gambar 1.
Selalunya saya terus jawab di kertas A4 tersebut. Sekali tengok soalan bentuk sama selalu keluar setiap sem, Cuma pusing sikit-sikit saja. ALHAMDULILLAH, MUJUR ADA PAPER SEM-SEM LEPAS...fuhh lega. (Padahal 1 bab saja yang lebih kurang, bab-bab lain Allah....rajin pensyarah reka soalan baru.. nangis T.T )
.
.
.
.
4) Buat mind map ringkas
Terus buat mind map just utk soalan-soalan atau bab-bab yang kita target keluar saja (lepas lihat kebiasaan pensyarah suka tanya apa di paper sem-sem lepas). Untuk mindmap ni boleh buat lagi satu post lain. Sebab ia memang sangat penting dan sangat membantu pelajar. Tetapi sayangnya student ramai yang malas untuk praktikkan. Bila malas dalam cara kita dik, result pun malas-malaslah jawabnya. Tak dapek den nak nolong. Boleh rujuk contoh Gambar 2* . Apo bondo yang ada huruf-huruf guna pen merah tu? Haaa lagi satu tips besar.
.
.
.
.
5) Buat akronim yg menghiburkan anda sebelum masuk dewan.
Huruf-huruf dari pen merah itulah akronim yang dikeluarkan dari mindmap tadi. Allah..ingat otak kita ni senang nak sumbat banyak-banyak kurang dari 24jam nak exam ni dik? Hangpa kena buat otak kita hepi, ceria dan bahagia baru mudah dia nak menghafal. Jadinya guna kaedah hafalan akronim ni. SYARATNYA, mesti kena kelakar supaya senang otak nak ingat.
Contoh
.
.
dalam nota saya ada tentang,
Konsep siasatan dalam Islam:
1) Mula dengan aduan
2) Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar
3) Siasat maklumat sebelum tangkap
4) La tajassasu
5) Maklumat boleh percaya
Kemudian
ambil point penting dari setiap isi dan keluarkan akronim, contoh:
Aduan- A
Amar – A
Tangkap – T
Tajassasu – T
Percaya – P
Saya akan buat jadi ayat yg kelakar agar saya ingat dalam dewan exam nanti. Contoh : Ayam Angkat Tong Tapi Pecah.
Ni tak kelakar sangat.
Selalu yang saya guna lagi kelakar sebab letak nama-nama kawan saya kemudian gelak sorang-sorang waktu hafal. Dan betul, ia sangat membantu! Sebab otak happy dan tak stress. Dalam dewan laju saja jawab. Alhamdulillah ada kawan-kawan nama best hehe.
.
.
.
.
6) Solat tajahud malam tu.
Ini sebenarnya yang akan bantu kita untuk dapat jawab exam sebenarnya. Jangan kata tak sempat, hangpa stay up dari jam 2 sampai subuh, curi-curi sat masa 2 rakaat tahajud. Angkat tangan doa pada Allah. Kalau Allah tak izin kita faham apa yang kita belajar, 100 kali ulang tak masuk otak kita. Hatta, dakwat pen kita dalam dewan pun kalau Allah tak izin nak keluar, tak keluar dia. Jeng3. Lagi pun ini semua dunia, kejar akhirat Allah bagi dunia tu. Jangan risau wahai pejuang-pejuang study last minit sekalian. Keep calm, jom tahajud.
.
.
.
.
7) Ini rahsia teragung belajar last minit. Call mak bapa sebelum masuk dewan exam.
InsyaAllah dengan keberkatan dan redha mereka terhadap kita, mudah perjuangan kita di dewan exam nanti. Berbekalkan study tak sampai 24jam. Seriusly, anugerah dekan masih boleh anda genggam!!
.
.
.
Sekian.
Ini semua memang apa yang saya buat sem lepas. Memang terpaksa study last minit sebab masalah kesihatan. Ada subjek tu saya study Cuma 6 jam saja. Paginya terus exam. Hafal nota pun dalam kereta. Dan tak stress pun sebab akronim nama kawan-kawan semua kelakar-kelakar.
Cubalah tips di atas insyaAllah anda masih boleh dekan.
By the way, sebenarnya saya bukan jenis study last minit. Setiap sem, baju-baju nak pergi exam saya semua dah gosok seminggu sebelum final, ceh..
Tapi, belajar last minit pun boleh dekan, jika anda tahu caranya.
Selamat Mendapat Anugerah Dekan!
Sharifah Abdul Samad
Jk Akademik PEMBINA
PEMBINA
Meneraju Arus Mahasiswa
.............................
p/s: dapatkan buku 'Aku Budak Dekan' tulisan saya dan 3 lagi sahabat yang antaranya Phd semasa umur 20an dan pelajar terbaik di luar negara. Kami merupakan mahasiswa yang cemerlang akademik pada masa yang sama bergiat aktif sebagai aktivis PEMBINA dan ISMA. Juga boleh memanggil kami mengisi di sekolah atau IPT anda dengan mengirimkan pesanan ringkas ke fb kami.

-COPY PASTE FROM FACEBOOK Sharifah Abdul Samad -

Monday, 5 December 2016

resepi pavlova

Dah lama tak makan pavlova. dulu rajinlah nak buat pavlova. sekarang dah malas dah. buat pavlova ni takdelah susah cuma kena teliti sikit and bahan-bahan nak buat tu tak rumit sangat. tapi mahal sikit lah. macam buah-buah yang nak deko kat atas tu memang kena mahal sikit. hehehe. 

okay, saya akan share beberapa blog yang selalu saya refer untuk buat pavlova

blog cik epal

-blog azlita masam manis

-blog luar teko




Macam ni lah rupa pavlova. memang menduga jiwa dan raga kalau tengok. terliur. hehehe. credit to cik epal 

Saturday, 3 December 2016

breakfast ala-ala matsaleh gitu



harini saya nak share resepi untuk breakfast versi western punya. kalau kat tempat kite sama je bendanya. cuma di moden kan sikit.
kat sini panggil lempeng kan? lempeng lagi sedap dari pancake sebenarnya. hehehe. kalau pancake dalam video tu macam terlalu manis. 

video yang saya letak dalam blog ni saya ambil daripada youtube je.

saya kongsikan juga resepi untuk membuat lempeng.. 

lempeng ni banyak jenis. lempeng kosong, lempeng pisang, lempeng kelapa. biasanya paling sedap lempeng kosong siap ada sambal tumis udang atau petai. ada juga yang cicah dengan sardin. pehhh sedapnya. 

lempeng kosong/biasa



lempeng pisang



lempeng kelapa

Thursday, 1 December 2016

resepi laksa johor

harini saya nak share resepi laksa johor. laksa johor ni pekat sini berbanding laksa penang. kalau family saya memang suka laksa johor ni. tiap kali raya mesti buat selain makanan-makanan raya yang lain. 
buat laksa johor ni memang leceh sikit, tapi kalau dah dapat hasilnya memang berbaloi lah. paling sedap kalau laksa johor letak sekali sambal belacan. kalau takda sambal belacan memang tak jadilah. 

saya kongsikan resepi ni yang saya selalu rujuk daripada blog http://aziejaya.blogspot.my/ 

Laksa Johor
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang 
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan  kepekatan yang disukai.


Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh. 

Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.