Friday, 9 December 2016

7 Tips Belajar Last Minute

TIPS BUDAK DEKAN: Study last minit (kurang dari 24jam) tapi masih dapat dekan!
**Amaran: bagi pesakit lemah jantung, atau lemah semangat, tidak digalakkan meniru tips study last minit kurang dari 24jam ini melainkan anda mampu menanggung risiko tekanan yang kuat beberapa hari sebelum exam dan sepanjang menduduki exam tersebut. Anda juga mungkin menghadapi mual, pening, muntah hijau kerana kuatnya tekanan belajar last minit ini. Percayalah cakap eden sebab eden guna tips ni mmg dapat dekan tapi perghhh... Allah saja yg tahu ‘syok’ nya. (Nasihat dari salah seorang penulis buku ‘Aku Budak Dekan’, kak pah)
.
.
.
.
24 jam sebelum hari kejadian (hari exam)
.
.
.
.
1) Baca dan teliti semula proforma atau course outline subjek.
Ini langkah pertama apabila kita pilih nak study kurang dari 24jam. Apakah proforma subjek? Inilah yang pensyarah kita selalu akan upload untuk kita tengok dari awal sem lagi. Awat penting sangat nak tengok semula proforma ni kak? Masa dah getir ni. Ya..sabaq sabaq. Dengan proforma nilah yang boleh pacu kita para pejuang last minit ni nak pi mana. Sebab ramai sangat yang belajaq pulun habis tapi tak tahu sebenarnya dia belajar apa, apa outcome yang sepatutnya dia dapat. Haaa...dari proforma ni lah boleh tuju kita ke jalan yang luruih semula. Hang tah la last minit belajaq. 24 jam pula tu. Proforma ni ada ringkasan tentang apa yang akan kita belajar, dari bab-bab tersebut apa kefahaman yang pensyarah mahu kita capai dan lain-lain. Jadi bagi pejuang study last minit ni, sangat penting untuk baca dan teliti semula proforma subjek anda. Sebab kita HANYA akan fokus pada apa yang pensyarah mahu kita faham dalam subjek tersebut. Sebab kadang dalam buku mahupun lecturer notes kita ada banyak sangat maklumat yang kadang tak keluar exam pun (tapi penting utk kita tahu). Tapi tolak saja ketepi sebab hang dah tinggai 24 jam saja ni. FOKUS, FOKUS pada yang penting saja sekarang ya. Jadi apa yang pensyarah hang tulis dalam proforma tu, fokus pada itu dan itu sahaja. Hat lain tolak tepi sat. Nanti habis exam hang pulun lah baca semula bagi semat ilmu di dada.
.
.
.
.
2) Kumpul sebanyak-banyaknya soalan sem-sem lepas.
Ini memang tips teragung dan terpenting bagi para pencinta skils study last minit sebab kita dah tak sempat nak telaah kulit ke kulit kitab-kitab dan jurnal yang kita kumpul sepanjang sem tersebut. Tips ini akan bantu kita untuk berfikir seperti pensyarah. Kita boleh tahu dan agak apa yang akan ditanya pada bab-bab yang telah diajar. Jika kita dapat kumpul soalan sem lepas ini, kemungkinan dalam 50% kita dah boleh bertarung dengan jayanya di dewan exam walaupun study kurang dari 24jam sebelum exam tersebut. Ala...50% je? Banyak lah tu, hang pun belajar last minit. Jika dapat kumpul 2 sem lepas pun cukup tapi kalau dapat lebih 5 sem lepas lagi terbaik.
.
.
.
.
3) Bahagikan soalan dari sem lepas tersebut kepada bab-bab tertentu
Baik sekarang masanya untuk kita bedah harta karun ni. Jadi jangan main bedah ja, nanti makan masa lama. Hang kan ada kurang 24 jam saja ni. Ikut step-step ini. Pertama, dari koleksi-koleksi kertas soalan sem lepas tu, bahagikan kepada bab-bab tertentu. Contohnya, subjek tu ada 15 bab, jadi labelkan setiap kertas A4 tu dengan nombor bab. Dan soalan-soalan tu hangpa teliti betul-betul ia dari bab berapa. Kemudian, gunting soalan tu dan tampal pada helaian kertas A4 tu. Kumpul soalan bab 1 pada satu A4 dan seterusnya.
Ambil perhatian:
1)soalan yg sama setiap sem
2) bentuk soalan yg sama setiap sem
3) bab yang paling banyak keluar setiap sem
*Rujuk gambar 1.
Selalunya saya terus jawab di kertas A4 tersebut. Sekali tengok soalan bentuk sama selalu keluar setiap sem, Cuma pusing sikit-sikit saja. ALHAMDULILLAH, MUJUR ADA PAPER SEM-SEM LEPAS...fuhh lega. (Padahal 1 bab saja yang lebih kurang, bab-bab lain Allah....rajin pensyarah reka soalan baru.. nangis T.T )
.
.
.
.
4) Buat mind map ringkas
Terus buat mind map just utk soalan-soalan atau bab-bab yang kita target keluar saja (lepas lihat kebiasaan pensyarah suka tanya apa di paper sem-sem lepas). Untuk mindmap ni boleh buat lagi satu post lain. Sebab ia memang sangat penting dan sangat membantu pelajar. Tetapi sayangnya student ramai yang malas untuk praktikkan. Bila malas dalam cara kita dik, result pun malas-malaslah jawabnya. Tak dapek den nak nolong. Boleh rujuk contoh Gambar 2* . Apo bondo yang ada huruf-huruf guna pen merah tu? Haaa lagi satu tips besar.
.
.
.
.
5) Buat akronim yg menghiburkan anda sebelum masuk dewan.
Huruf-huruf dari pen merah itulah akronim yang dikeluarkan dari mindmap tadi. Allah..ingat otak kita ni senang nak sumbat banyak-banyak kurang dari 24jam nak exam ni dik? Hangpa kena buat otak kita hepi, ceria dan bahagia baru mudah dia nak menghafal. Jadinya guna kaedah hafalan akronim ni. SYARATNYA, mesti kena kelakar supaya senang otak nak ingat.
Contoh
.
.
dalam nota saya ada tentang,
Konsep siasatan dalam Islam:
1) Mula dengan aduan
2) Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar
3) Siasat maklumat sebelum tangkap
4) La tajassasu
5) Maklumat boleh percaya
Kemudian
ambil point penting dari setiap isi dan keluarkan akronim, contoh:
Aduan- A
Amar – A
Tangkap – T
Tajassasu – T
Percaya – P
Saya akan buat jadi ayat yg kelakar agar saya ingat dalam dewan exam nanti. Contoh : Ayam Angkat Tong Tapi Pecah.
Ni tak kelakar sangat.
Selalu yang saya guna lagi kelakar sebab letak nama-nama kawan saya kemudian gelak sorang-sorang waktu hafal. Dan betul, ia sangat membantu! Sebab otak happy dan tak stress. Dalam dewan laju saja jawab. Alhamdulillah ada kawan-kawan nama best hehe.
.
.
.
.
6) Solat tajahud malam tu.
Ini sebenarnya yang akan bantu kita untuk dapat jawab exam sebenarnya. Jangan kata tak sempat, hangpa stay up dari jam 2 sampai subuh, curi-curi sat masa 2 rakaat tahajud. Angkat tangan doa pada Allah. Kalau Allah tak izin kita faham apa yang kita belajar, 100 kali ulang tak masuk otak kita. Hatta, dakwat pen kita dalam dewan pun kalau Allah tak izin nak keluar, tak keluar dia. Jeng3. Lagi pun ini semua dunia, kejar akhirat Allah bagi dunia tu. Jangan risau wahai pejuang-pejuang study last minit sekalian. Keep calm, jom tahajud.
.
.
.
.
7) Ini rahsia teragung belajar last minit. Call mak bapa sebelum masuk dewan exam.
InsyaAllah dengan keberkatan dan redha mereka terhadap kita, mudah perjuangan kita di dewan exam nanti. Berbekalkan study tak sampai 24jam. Seriusly, anugerah dekan masih boleh anda genggam!!
.
.
.
Sekian.
Ini semua memang apa yang saya buat sem lepas. Memang terpaksa study last minit sebab masalah kesihatan. Ada subjek tu saya study Cuma 6 jam saja. Paginya terus exam. Hafal nota pun dalam kereta. Dan tak stress pun sebab akronim nama kawan-kawan semua kelakar-kelakar.
Cubalah tips di atas insyaAllah anda masih boleh dekan.
By the way, sebenarnya saya bukan jenis study last minit. Setiap sem, baju-baju nak pergi exam saya semua dah gosok seminggu sebelum final, ceh..
Tapi, belajar last minit pun boleh dekan, jika anda tahu caranya.
Selamat Mendapat Anugerah Dekan!
Sharifah Abdul Samad
Jk Akademik PEMBINA
PEMBINA
Meneraju Arus Mahasiswa
.............................
p/s: dapatkan buku 'Aku Budak Dekan' tulisan saya dan 3 lagi sahabat yang antaranya Phd semasa umur 20an dan pelajar terbaik di luar negara. Kami merupakan mahasiswa yang cemerlang akademik pada masa yang sama bergiat aktif sebagai aktivis PEMBINA dan ISMA. Juga boleh memanggil kami mengisi di sekolah atau IPT anda dengan mengirimkan pesanan ringkas ke fb kami.

-COPY PASTE FROM FACEBOOK Sharifah Abdul Samad -

No comments:

Post a Comment