Saturday, 10 December 2016

Zaman Kebudayaan Pesisir

2. Bincangkan dan huraikan apa yang anda faham dengan zaman kebudayaan pesisir.

Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi keseluruhan pengertian nilai sosial,norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, agama, dan lain-lain, tambahan lagi segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat. 

Pesisir bermaksud penempatan-penempatan yang berada di tepi pantai yang diduduki oleh masyarakat zaman dahulu. Penyebaran agama Islam di Nusantara berlaku pada abad ke-14 dan ke-15 Masihi, pada masa kejayaan Islam di India Utara dan sebahagian India Selatan apabila Lautan Hindi menjadi “Laut Mediterranean Islam”. Kawasan ini telah dijelajahi oleh kapal-kapal bernakhoda Islam, lengkap dengan peta dan alatan permaliman (kompas) yang secukupnya. Pantainya penuh dengan kota-kota perdagangan dengan pemerintah dan penduduk yang beragama Islam. 

Ketika ini, Kesusasteraan Melayu memainkan peranan penting apabila dijadikan sebagai satu alat untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat. Sastera Melayu berperanan sebagai sastera perantara yang memperkenalkan khazanah kesusasteraan dunia Islam kepada bangsa Melayu dan bangsa-bangsa Nusantara yang lain. Fungsi itu menyebabkan sastera Melayu menjadi salah satu unsur utama daripada kebudayaan pesisir ataupun dunia Melayu dengan bahasa Melayu, sama ada lisan ataupun tulisan tersebar antara penduduk Barat pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20 kerana mereka mendewa-dewakan unsur keaslian etnis dalam arus pemikiran romanti sdan mencela sebahagian besar kesusasteraan Melayu sebagai 'Sastera Tiruan'.

No comments:

Post a Comment